Monday, November 22, 2010

PBIM 2010


Assalamualaikum.

PBIM 2010 (Penang Bridge International Marathon)

Atas permintaan rakan2, kena la juga cerita pasal event nh. Asal ade gambar2 aktiviti2 yg best yang aku buat dekat FB je, mesti akan diceritakan dekat blog. Tu yang deorang tak sabar nak aku update nh.. sbb gambar2 semua dah keluar dkt fb.. haha... (bajet artis) hohoho....


Okeyy..

21 November 2010, telah diadakan PBIM 2010. Marathon ni merupakan annual event dianjurkan setiap tahun. Terdapat beberapa kategori dipertandingkan iaitu


full-marathon-42km- finishing time 7 hours
half-marathon-21km- finishing time 3.5 hours
10km run-10km- finishing time 1.5 hours
fun run-10km

ni merupakan event yang pertama aku masuk untuk tahun ni. Masa cuti nh je la yang aku berpeluang nak buat apa aku suka.. Kalau dah masuk semester nanti memang sibuk dengan macam2 kerja. Kebetulan pula aku tak pernah lagi sampai ke Penang ni, lagi la semangat aku nak join event nh. Aku dapat tahu ade event nh pn dah agak terlambat. Masa aku register tu pn tinggal 10km run je.. event lain semua dah full.. Mana tak nye 23 000 penyertaan.. memang ramai la. Tu pn nasib baik nea tlg registerkan.. Klo x melepas lerr..

Untuk ke penang, aku tumpang kidin. Jumaat petang gerak. Kami semua 4 orang aku, kidin, yahya, nad naik kereta ke sana. Member2 lain semua jumpa kat penang. Sampai sana lepak rumah Khairul. Peh, terbaik la rumah khairul. Family baik sgt2.. Dah la sediakan tempat untuk kami tumpang, siap mak dia masak lagi.. Khairul pulak jadi tourguide kami kat penang tu, cakap je nak p mana. Semua tempat dia tahu. Anak jati penang katekan.

Hari sabtu hari untuk jalan2.. Pagi2 lepas breakfast dah keluar.
Jalan2 cari makan, makanan yg special kat penang semua kami cari. Tengah hari balik lunch pulak, petang keluar lagi cari makan sampai ke maghrib.. haha..
Lepas maghrib semua tidur memandangkan event start pkul 2 pagi esok.

Gerak pergi quensbay tengah malam tu cz nak hantar dak2 yang join full marat-42km.
Aku nye event 6.15am so balik tidur dulu la..

Yang masuk full & half marathon agak suffer jugak la sebab pukul 4am secara tiba2 nya hujan turun amat lebat. Haha.. ape lagi, sejuk giler la atas penang bridge tu..

Jam 6.15 am turn aku pulak yang akan lari. Masa tu hujan renyai2.. nasib baik. Nak x nak memang kena lari jugak la. Renyai2 je pon..
Target aku untuk habiskan 10km bawah 1hour.
Tak pernah lagi aku jog 10km sbb sebelum ni pon jog saje2 plg rajin buat 6km je. Tu pn 1km=dekat 6 minit.
Tapi kalau join event mcm nh semangat die lain sgt2. Kalau jog saje2 tu memang cepat penat. Kalau event macam nh kita lari ramai2 + suasana pulak gelap. Takde la terasa panas.
Masa tu pulak hujan.. Terbaik la.. Cuma 1 je yang kena fight is, mental!!
Alhamdulillah, dapat la habiskan dlm Masa yang ditetapkan.. dpt buat 00:50:59.
ok la...

Dapat la juga medal finisher. Tp aku sgt cemburu yang dpt masuk full-marat sbb deorg dpt finisher t-shrt. haha..
Nh yg membuatkan aku memburu lagi event2 mcm nh ni. Boleh buat personal collection..
Apepun trip kali nh memang best, semua tiptop la. Dapat jejak kaki ke penang, dapat lari atas penang bridge walaupun tak full, dapat hadiah.. haha..
So, kami gerak balik ke KL petang ahad tu. Pukul 12 malam smpai rumah..

So, sape2 yang xde wat pape cuti nh better la cari benda2 yg berfaedah, salah satunya ialah join event2 mcm nh. Bnyak sgt benda yang dapat n belajar.. All Experience your will not learn in books. Berlari merupakan satu senaman yang sagt2 mudah dan berfaedah.. so ape lagi, rajin2 lah berlari. hee..

ok, sekian sahaja update untuk kali ni. Klo ade gambar2 best kat FB tu, maka ade la update2 yg lain.. hee.. selamat bercuti!!! =)


photo copied from FB

PBIM 2010-10km


Result 10km aku, aijat, adham, nea, sorry anis xjmpe dlm list.. hee..

Finisher medal

2 comments:

Anonymous said...

wei bestnyer..asal ko xajk ak join skali..huk3

Muhammad Faris Ismail said...

la.. aku xtaw ko ske lari.. biase ajak jog bkn men payak giler je.. haha.. k k klo ko nak lari kan, kat page aku nh ade blog2 RUNNERS.. ko bleh tgk la event2 ko rase nak join..