Friday, May 29, 2009

Masum 2009

Assalamualaikum.. kali ini aku ingin berkongsi pengalaman yang agak menarik bagi aku, di mana terciptanya satu sejarah yang aku rasa amat bermakna dalam hidup aku. Setelah dua kali berturut turut aku terpaksa menarik diri daripada menyertai kejohanan masum, kali ini tawaran yang ke 3 bagi aku, aku berjaya menyertainya. Tahun ini, kejohanan masum diadakan di UUM sintok, kedah dari 15-28 mei 20009. Kejohanan taekwondo diadakan pada fasa yang ke3. Kami bertolak dari Uiam pada 20 mei. Semua atlit-atlit yang akan ke uum berkumpul di Male Sport Compleks dan dijadualkan bertolak pada jam 10pagi. Hampir 1 jam kami menunggu, akhirnya bas tiba pada jam 11 pg. Fuh, penat menunggu!! Akhirnya, kami bertolak dari uia pd jam 11.30. Perjalanan ke kedah memakan masa yang agak lama.



Setelah tiba di negeri darul aman ini, aku betul-betul teruja, inilah kali pertama aku sampai di kedah. Pemandangan di sekeliling amat menarik perhatian aku. Sawah padi terbentang luas di kiri dan kanan jalan, tidak seperti di tempat-tempat lain yang pernah aku pergi, ditambah pula dengan suasana petang yang mengasyikkan. Fuh..... Memang indah ciptaan tuhan.

Akhirnya, kami tiba di UUM sintok pada jam 6.00 petang. Setelah selesai check-in, jam 7 malam, barulah aku dapat masuk bilik. Memang penat rasanya badan ni. Nasib baik bilik dalam keadaan yang memuaskan bagi aku.

Keesokan harinya, kami bangun awal pagi, setelah selesai solat subuh, jam 7 pg, kami berkumpul untuk berjogging sekeliling UUM. Mengikut jadualyang telah ditetepkan, kejohanan taekwondo akan bermula pada 25-27 mei. Sementaramenunggu tarikh tersebut, selama 4 hari latihan ringan diadakan pada pg dan ptg.

Pada jangka waktu inilah atlet2 akan mengawal berat masing-masing supaya tidak terkeluar dari kategori yang ditetapkan untuk bertanding. Sesiapa yang terlebih berat, kena la jogging untuk reduce weight dan siapa yang macam aku, kenala makan banyak untuk tambahkan berat yang tak berapa cukup. Hahaha...

Pada 23 mei, mesyuarat diadakan diantara pihak pengurusan dan mereka telah menetapkan bahawa pertandingan akan diawalkan sehari dari tarikh sebenar. Kelam kabut atlet dibuatnya. Masing2 risau berat masing masing. Haha.. hari yang dijaduakan pun tiba dimana semua atlit diminta berkumpul untuk menimbang berat masing2. Alhamdulilah, semuanya berjalan dengan lancar. Semua atlit taekwondo UIA akan bertanding mengikut kategori masing2 yang telah ditetapkan.

24 mei, bermulalah pertandingan bagi kategori fin, bantam & heavy bagi lelaki dan wanita. Setelah tamat semua perlawanan, UIA berjaya membawa pulang 3 pingat perak dari taqi,kak cumey & fatehah.

Keesokan harinya diadakan pula perlawanan bagi kategori fly, light dan middle. Aku akan lawan esok. Fuh, debaran kian terasa. Malam tu memang tak lena tidur aku dibuatnya. Berdebar-debar rasanya. Nak kata cuak, tak jugak. Nak kata tak sabar nak lawan pun tak jugak. Haish, resah gelisah di buatnya. Pagi tu aku bangun awal pagi dengan semangat yang berkobar-kobar. Dalam hati rasa cuak pun ada jg, tapi buat cool je. Hahahha... . Selesai solat aku terus turun bawah. Masa tu takde orang pun lagi yang turun. So, buatla stretching sikit. Bila semua dah ada, kami pun naik la bas ke dewan MAS(muadzam shah) .

Masa sampai tu macam biasa la, pergi booked tempat dan siapa yang lawan pergi buat stretching. Kategori light, aku dan sanoh dalam 1 kategori. Mamat tu dari afrika. Memang stylo gile r. Badan pun solid. Aku fikir kalo aku menang semua match, memang aku akan lawan dia la masa final. First match dia dah lawan da. Memang tak jangka dia kalah. Sebab main emo sangat kot. Tapi dia memang frust gile. Memang nampak la masa dia kelua ring tu. Fuh, nh yang membuatkan aku bertambah tensi ni. Kalo sanoh boleh kalah, memang fight habis la perticipant kali ni. Takleh jadi ni, ak kena pandai main la kali ni. Tengok jadual, 1st match aku akan lawan dengan budak UUM. Ok k.. buat cool je. Tibalah match aku. Aku paling tak suka main kalau badan betul-betul tak cukup panas. Memang tak best. Susah jugak nak lawan budak UUM ni. Syukur. Setelah 3 round, aku menang. Hehe.. match ke 2 aku lawan budak dari UMS. Dengar cerita budak tu state player sabah. Memang tak asing lagi la nama dia. So macam biasa, buat cool je. Haha.. aku lawan dia agak berhati-hati juga la. 1st round rilex dulu. Tengok dia main macam mana. 2nd & 3rd round baru main betul-betul. Syukur, tak sangka aku menang. Hehe.. hepy2. Skang aku bertambah yakin lagi untuk menang. Semi final aku jumpa budak UM pula. Dia ni bagus jugak main, banyak orang kenal dia. Match paling sengit aku lawan setakat ni nampaknya. 1st round seri, 2nd round dia leading & 3rd round aku berjaya kejar balik. Bak kata coach. Kalo nak masuk final, kalahkan dia!!! Dengan semangat baru akhirnya aku menang, final aku jumpa seorang lagi budak UM. Coach aku kata kali nh main rilex. Main counter je banyak. Jangan serang kalau xde ruang. Round ke 3 aku dapat rasakan kilauan emas dalam tangan. Fokus2 sikit lagi masa. Alhamdulillah, akhirnya aku menang dengan bergaya. Haha.. keluar ring je sume orang happy.. haha.. abg kamal head sport unit FMC peluk aku. Sama macam dia buat masa aku dapat gold dekat sabah 2007. Emas ke 13 buat IIUM dan memecahkan target uia (12 gold). Kategori middle, sinan berjaya bawa pulang gold. Bertambah la koleksi gold uia. Tamat pertandingan hari ni. Taekwondo menanbahkan lagi koleksi pingat semalam, hari ini 2 gold(faris, sinan), 1 silver(hanip).

Malam tu boleh la aku tidur dengan lenanya. Kaki, badan memang sakit gile. Lebam sana sini. Benda macam tu memang selalu aku alami setiap kali masuk tournament. So, dah biasa. Tahan je leerr.. ouch....

Keesokan harinya hari terakhir pertandingan. 2 kategori dipertandingkan, feather dan welter.

Kali ni nasir dan alaidin menambahkan lagi pigat. Silver (nasir), Bronze (alaidin). Akhirnya taekwondo berjaya bawa pulang 2 gold, 5 silver & 1 bronze.

Petang tu, kami semua pergi makan dekat luar UUM. Hehe.. maklum la lunch pun tak sentuh lagi, akhirnya pukul 4.30 ptg baru la dapat makan. Makan dekat kuala perlis rasanya. Aku tak sure tempat tu. Hehe.. couch pulak kata nak belanja, memang makan besar la kami. Makan seafood!!!! Tepi pantai lak tu. Fuh, syok habis... ikan bakar, kerang, sotong, ketam, jus buah... wah.. amat heaven sekali.. alhamdulillah..

Malam tu kami rehat sepuas puasnya. Maklumla, badan da teramat letih.

Keesokan harinya, hanif ajak pergi rumah dia di Changlun. Family dia ada la buat makan makan sikit tuk kami. Lepas pergi rumah hanif, seperti yang di rancang kami akan ke padang besar, perlis. Ni lah masanya untuk aku pergi berjalan jalan di perlis. Perjalanan ke sana amat menarik. Sepanjang panjag perjalanan ke padang besa' (bak kata org utara), kiri dan kanan jalan dikelilingi oleh ladang tebu yang terbentang luas. Amat berbeza dengan kedah yang kebanyakannya sawah padi. Memang cantik.

Inilah kali pertama aku sampai di perlis. Wah, amat teruja. Sampai je di padang besar, suasananya x banyak sangt perbezaan dengan rantau panjang di kelantan. Pelbagai jenis barangan di jual di sana. Daripada perkakas dapur hingga ke pakaian, semuanya memukau mata pengunjung. So, ape lagi.. jalan jalan sambil membeli belah la. Akhirnya, kami bertolak pulang pada jam 4.30 petang, memandangkan malam tersebut akan diadakan majlis penutup masum, kami terpaksa pulang awal.

Malam tersebut kami diminta untuk hadir ke dewan mas pada jam 7 malam. Pada jam 9.00 malam majlis penutup berlangsung. 1 perkara yang tak berapa best bagi aku pada malam tu ialah pasal makanan. Atlit dah la ramai, tapi makanan yang disediakan sikit. Memang tak cukup. Akhirnya tak kenyang juga lah aku malam tu. Takpe lah, xde rezeki nak buat macam mana. =( malam tu malam terakhir kitorang berada di UUM. Esok pagi kami akan bertolak pulang ke UIA.

Keesokan harinya, setelah siap berkemas, semua berkumpul dekat cafe, ingatkan boleh la breakfast kat situ. Rupa-rupanya, cafe pun tutup juga. Adoi, dah la malam tadi tak cukup makan. Akhirnya nasir ajak pergi ke alor star untuk breakfast.

Alang alang on the way to KL, boleh singgah jap. So, kami semua singgah la makan dekat Kopitiam. Kedai tu terletak dekat dengan menara alor star. Kedai tu sangat unik, ala ala oldskool gitu. Sangat menarik.. masa tengah makan tu tiba tiba hujan lebat la pulak. Memang kesejukan la kitorang dalam bas odw to kl nt.. petang tu jam 6 lebih, kami tiba di UIA.

Overall, memang best gile aku di sana. So, dah habis bercuti, kena lah cover balik classes yang aku missed masa aku bercuti tu, multidip kena la kerja lebih tuk cover hour yang aku missed.. hmm... aku rasa, sekian saja cerita aku untuk kali ni. Terima kasih kerana sudi membaca.. hee.. assalamualaikum....