Saturday, November 27, 2010

alumnai tkdo+lomo outing+provia film

Assalamualaikum..

Semalam hari yang agak panjang.. Buat julung kalinya IIUM taekwondo team mengadakan Gathering alumnai taekwondo di Pusat Asasi UIAM(matric uia) PJ. Alhamdulillah, agak meriah walaupun tak semua yang dapat hadir. Objektif tu tercapai la juga, dapat mengumpulkan balik senior2 since 90's.. Evergreen habes.. haha.. Majlis berlangsung dengan training, dan friendly sparring dengan senior2.. disambung dengan jamuan besar-besaran.. Setiap campus ada wakil masing2. Gombak,kuantan,Pj, Nilai... Diharapkan majlis yang lebih besar dapat diadakan pada waktu yang akan datang..


Habis majlis tu, lepak PJ jap cz ade lomography outing.. buat light painting.. 1st time join dak2 lomo keluar.. ok la.. best2.. next time bleh join lagi.. Dapat membe2 baru lagi smlm.. haha..
apepun, filem baru dpt dibeli smlm.. Provia.. memandangkan Ebx da habis guna, so boleh la cuba provia pulak.. Berbaloi juga join deorg semalam.. next time boleh la join lagi.. syokk..

Monday, November 22, 2010

PBIM 2010


Assalamualaikum.

PBIM 2010 (Penang Bridge International Marathon)

Atas permintaan rakan2, kena la juga cerita pasal event nh. Asal ade gambar2 aktiviti2 yg best yang aku buat dekat FB je, mesti akan diceritakan dekat blog. Tu yang deorang tak sabar nak aku update nh.. sbb gambar2 semua dah keluar dkt fb.. haha... (bajet artis) hohoho....


Okeyy..

21 November 2010, telah diadakan PBIM 2010. Marathon ni merupakan annual event dianjurkan setiap tahun. Terdapat beberapa kategori dipertandingkan iaitu


full-marathon-42km- finishing time 7 hours
half-marathon-21km- finishing time 3.5 hours
10km run-10km- finishing time 1.5 hours
fun run-10km

ni merupakan event yang pertama aku masuk untuk tahun ni. Masa cuti nh je la yang aku berpeluang nak buat apa aku suka.. Kalau dah masuk semester nanti memang sibuk dengan macam2 kerja. Kebetulan pula aku tak pernah lagi sampai ke Penang ni, lagi la semangat aku nak join event nh. Aku dapat tahu ade event nh pn dah agak terlambat. Masa aku register tu pn tinggal 10km run je.. event lain semua dah full.. Mana tak nye 23 000 penyertaan.. memang ramai la. Tu pn nasib baik nea tlg registerkan.. Klo x melepas lerr..

Untuk ke penang, aku tumpang kidin. Jumaat petang gerak. Kami semua 4 orang aku, kidin, yahya, nad naik kereta ke sana. Member2 lain semua jumpa kat penang. Sampai sana lepak rumah Khairul. Peh, terbaik la rumah khairul. Family baik sgt2.. Dah la sediakan tempat untuk kami tumpang, siap mak dia masak lagi.. Khairul pulak jadi tourguide kami kat penang tu, cakap je nak p mana. Semua tempat dia tahu. Anak jati penang katekan.

Hari sabtu hari untuk jalan2.. Pagi2 lepas breakfast dah keluar.
Jalan2 cari makan, makanan yg special kat penang semua kami cari. Tengah hari balik lunch pulak, petang keluar lagi cari makan sampai ke maghrib.. haha..
Lepas maghrib semua tidur memandangkan event start pkul 2 pagi esok.

Gerak pergi quensbay tengah malam tu cz nak hantar dak2 yang join full marat-42km.
Aku nye event 6.15am so balik tidur dulu la..

Yang masuk full & half marathon agak suffer jugak la sebab pukul 4am secara tiba2 nya hujan turun amat lebat. Haha.. ape lagi, sejuk giler la atas penang bridge tu..

Jam 6.15 am turn aku pulak yang akan lari. Masa tu hujan renyai2.. nasib baik. Nak x nak memang kena lari jugak la. Renyai2 je pon..
Target aku untuk habiskan 10km bawah 1hour.
Tak pernah lagi aku jog 10km sbb sebelum ni pon jog saje2 plg rajin buat 6km je. Tu pn 1km=dekat 6 minit.
Tapi kalau join event mcm nh semangat die lain sgt2. Kalau jog saje2 tu memang cepat penat. Kalau event macam nh kita lari ramai2 + suasana pulak gelap. Takde la terasa panas.
Masa tu pulak hujan.. Terbaik la.. Cuma 1 je yang kena fight is, mental!!
Alhamdulillah, dapat la habiskan dlm Masa yang ditetapkan.. dpt buat 00:50:59.
ok la...

Dapat la juga medal finisher. Tp aku sgt cemburu yang dpt masuk full-marat sbb deorg dpt finisher t-shrt. haha..
Nh yg membuatkan aku memburu lagi event2 mcm nh ni. Boleh buat personal collection..
Apepun trip kali nh memang best, semua tiptop la. Dapat jejak kaki ke penang, dapat lari atas penang bridge walaupun tak full, dapat hadiah.. haha..
So, kami gerak balik ke KL petang ahad tu. Pukul 12 malam smpai rumah..

So, sape2 yang xde wat pape cuti nh better la cari benda2 yg berfaedah, salah satunya ialah join event2 mcm nh. Bnyak sgt benda yang dapat n belajar.. All Experience your will not learn in books. Berlari merupakan satu senaman yang sagt2 mudah dan berfaedah.. so ape lagi, rajin2 lah berlari. hee..

ok, sekian sahaja update untuk kali ni. Klo ade gambar2 best kat FB tu, maka ade la update2 yg lain.. hee.. selamat bercuti!!! =)


photo copied from FB

PBIM 2010-10km


Result 10km aku, aijat, adham, nea, sorry anis xjmpe dlm list.. hee..

Finisher medal

Wednesday, November 17, 2010

Sanah Helwah

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, masih lagi dipanjangkan usiaku. 15 Novenber 2010 genaplah 22 tahun aku masih mampu untuk bernyawa.. Alhamdulillah. Di harapkan semoga hari-hari yang mendatang ni memberikan sinar yang lebih gemilang dari yang telah aku kecapi.
Semoga aku lebih tabah menghadapi dugaan yg mendatang dan menjadi terus cemerlang & gemilang untuk semua yang aku cuburi.
Terima kasih banyak2 kepada semua yang wish, dan diharapkan doa2 yang baik dari kalian semua dimakbulkan. Amin..

Sunday, November 14, 2010

shock, oh shock..

Assalamualaikum...

ok, plan masa cuti nak pergi ride.. Nampak gayanya , tinggal harapan je ler..
1 sem nh langsung tak usik bike.. Tayar dah xde angin, berhabuk sikit..
Petang semalam ingat nak g pusing2 jap, cz da lame bike tu x jalan..
Dah setup bike sume, sekali POMM!!!
Ambik ko, "shock" meletup.. getah die da pecah sbb lme sgt x naik.. hmm.. wat masuk dlm balik la bike aku.... nak kne beli shock baru la nmpaknye.. Kempunan lagi la aku cuti nh nak g main downhill.. arghh.... klua duit lagi...

shock dah kluarkan dr bike.. getah kat kanan tu da pecah..


Friday, November 12, 2010

Gadget Baru + Pusing KL

Assalamualaikum..

its.... H.O.L.I.D.A.Y!!!!

ok, gadget baru aku utuk sem nh ialah WHITE SLIM ANGEL.
Nak cuba lomo pulak, mcm menarik je.. thnx nadea for the camera..
aku tempah kat nadea cmera nh.. filem beli dgn arep. Sempat snap skali ke masa g outing kat KL cz, x brape panas. takut effect dia x cun.. nanti la ade masa aku nak klua g shoot lagi gna UWS nh..
using 1st film EBX...

+
EBX film

Sehari lepas habis final paper baru nh, pergi main bowling dengan member2 src.. . Aku,rafiqi,firwan,yusri,marol,where & lain2.. dlm 10 org. 3 game jugak la habis. naik lebam ibu jari, maklumla lame x main..

Esok nye plak pergi outing KL--KLCC.. aku, arep, nadea & izza..
Naik skybridge & level 86. best woo.. masa kami smpai tu tiket tuk the whole day da soldout.. nasib baik la izza da beli awal2.. klo x, telan air liur je la hari tu.. haha.. untung ade membe2 keje kat klcc nh, sempat la jugak aku jejak petrosains.. haha.. masuk tempat budak2 pun jadi la...




Dr klcc ke pavilion smpai ke prtama n sogo.. baik punya jalan2.. Uws aku tu sempat snap 1 gmba je.. syg la plak nak snap.. haha.. xde la, memandangkan cuaca x brape panas ... sbb tu guna DSLR je.. gambar lain

aktiviti dlm jadual tuk cuti ni ialah...

21 Nov: Penang bridge international marathon. ( lame dah x join, so aku amek 10km je) lg pun x pernah smpai penang lagi.. so, time to jalan2 lagi la..

27 Nov: ade reunion taekwondo IIUM. ade tournament sket2.. haha.. best2. dah lame tak panas kaki aku nh..

so far baru dua nh la yg cmfim.. tp biasenya yng datang tiba2 nh lagi bnyak dr yg dah plan..

ape2 pn selamat bercuti tuk semua.. take care!!



Tuesday, November 9, 2010

Semester 1 hampir ke penghujung..

Assalamualaikum..

Alhamduillah, berpeluang juga nak update blog ni..

Untuk pengetahuan semua. Students2 IIUM ada yg da mula cuti, sekarang tengak final exam week untuk semester 1- 09/10.

Ok, nak cerita sikit pasal semester ni. Semester ni aku masuk 3rd year. Seriouslly berat sgt. Terlalu pack, kadang2 tu ade yg terpaksa lepaskan sbb takde masa langsung. Tapi still bagi keutamaan mana yang penting la. Pasal study, masa 3rd year nh la baru korg tahu ape tu architecture, klo 1&2nd year tu x nmpak lagi.. Memang berat nak tanggung.

Macam2 hal jadi dari start sem, sampai habis sem.. ending yang xbest langsung utk Batch aku batch 11. Dengan studio kunci , submission problems , class yg x tentu hala la... at last ramai yang sangkut.. Ni baru soal study. Belum masuk program2 lain lagi.. pening kepala dibuatnya. Alhamdulillah, subject studio aku lepas la jugak..

Pasal exam, semua ok. 1st test, subject skill(cocu). Ak amek swimming.. haha.. lawak gile masa test, dah la smpai lmbat. Sampai je terus nama kena panggil. Masuk pool, terus test.. Tp dapat la habiskan walaupun berhenti banyak kali. Maklum la aku memang tak reti langsung swimming nh. Sebab tu amek skill.. Skrg, xde hal la.. ajak race pn bleh, tp breaststroke je la.. hee..
Last paper, (theory of arch.) Yg nh x brape ok.. xcukup mase kot.. stress gile...
Harap2 sume ok la..

Training taekwondo aku sempat turun sekali je.. Tu pun masa lepas habis submission final project. Dapat la jugak training ngan pali yang nak g SUA x lame lagi.. Good Luck weh..

Sem nh tiada MEDALS disumbangkan melalui acara taekwondo, pingat yg aku dapt sem nh hanya dr team BOLA!!

ARCHITECT F.C.!!!!


Masa 3rd year la baru nak main wakil architect disebabkan xterpilih masa 1st&2nd year.. (konon nye la) haha.. padahal x turun selection sbb time tu tengah gila ngan sports lain..

league kalah, dpt 4th place, then Deans' cup 1st runner up.. naib johan.. ok la kan..
papepun, bangga jugak dapat sumbangkan something tuk architect fc..




Ok, ni saja tuk short update... untuk semua sahabat2 yg x habis lagi paper.. All the best...





Tuesday, September 7, 2010

Sekitar Ramadhan..

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, panjang lagi usiaku untuk merasai kenikmatan bulan Ramadhan yang mulia ni. Hari ni 28 ramadhan. Diharapkan amalan2 yg dilakukan sebelum ni bertambah untuk dua hari akan datang ni.

Ok, aku pun rasa nak update jugak blog sebelum syawal nh..

Alhamdulillah, untuk ramadhan tahun ni rezeki sangat murah, mana tak nya, untuk berbuka tak payah pening2.. macam2 makanan ade. Dekat bazar tu tak payah cerita la, memang macam2 jenis makanan ade. Bazar ramadhan kat mane2 pun ade. Dalam UIA pn ade bazar jugak.
Tapi aku ni x suka nak beli banyak2.. ye la bkn nye makan pn. Makan nasi sebungkus dah kenyang. Biase la orang bujang, tak kesah makan ape. asal ade makanan nak jamah. Nak makan banyak, balik rumah la. Tak pun kawen cepat2.. bini masak, cmfm makan banyak.. haha..

>IFTAR
ok, kalau bulan ramadhan ni memang femes la bab2 program iftar nh. Dlm campus pun, majoriti Club&society tak terlepas untuk buat iftar masing2. Org kata, macam dah jadi annual event. Rasa macam x ramadhan la kalo tak buat. ye x?? haha..
tp objektif nya tetap sama.. mengeratkan lagi sillaturrahim,Ukkhuwah, bonding,ittihad.. dan lain2 semaksud dengannya.. =)
Biasa aku berbuka kat bilik je, program Iftar budak2 bilik aku n bilik sebelah. haha.. ramai2 akan kumpul kat bilik aku, penuh sampai ke pintu. Kalau boleh nak renovate je bilik 2 kasi luas sket. haha..
Aku pun x ketinggalan jugak join iftar program nh. Ade 1 miggu tu, hari2 berbuka kat luar.
REZEKI kan.

Mula2 Iftar dengan x-studio 4 (matrik). Last year buat dekat IKEA. Tapi tahun ni tukar dekat Sri Niara, Taman Melawati pulak. Kira ni gathering budak2 studio masa matrix dlu la. Tak semua yg datang. Tapi ahli2 nya bertambah pulak. haha.. pelik?? paham2 je la, yg ade pasangan 2 mane leh pisah.. haha.. bagus2, meriah la sikit kan. Mane2 pasangan yg bercerai tu sorg2 je la taun nh.. haha.. (sory yg terasa). Aku, still sama je mcm taun2 lepas. Nak bawak awek, xde awek.. ish3.. membe2 je la sebgai peneman. owh!! papepun, masa nh la nak gather balik sbb semua kos lain2. QS, ARCHI,URP, LA,AA.. lgipun masing2 busy.. masa nh baru boleh gather..



Iftar MOHE. Then aku dapat jemputan makan free kat KLIA. Iftar dgn kementerian pengajian tinggi dkt PanPac. hotel,KLIA. Aku pergi nh under SRC. MOHE jemput wakil2 dari universiti untuk join. So dapat la jumpa balik sahabat2 seperjuangan dari U lain. Last jumpa hari tu masa Majlis Konvensyen Mahasiswa. Makanan kat situ?? paham2 je la dah nama hotel.. ketam,udang,puyuh,ikan,daging. Kuih pening kepala nak pilih. ape2 pun semua 2 REZEKI... Terima seadanya.. Tentatif hari tu lepas solat maghrib berjemaah baru boleh makan berat. Bagus2. takut nanti ade yg berat plak nak solat.. hee..



Iftar batch SEBELAS. Kali ni batch 3rd year architecture (SEBELAS) pulak buat iftar. Iftar kali ni gabung studio 1,2&3.. Majlis diadakan di studio aku. alhamdulillah, semua berjalan lancar walaupun xsemua yg hadir.. Petang tu kami semua buat TADARUS al-Quran sementara mengisi masa yg ada. Alhamdulillah. ok. Menu kali ni Nasi Kerabu. Haha.. Tempah kat Bazaar Convest. Memandangkan skuad2 catering minat nasi kerabu, so nasi kerabu lah jadi menu nya.. Lepas selesai berbuka n solat maghrib, tazkirah disampaikan oleh ustaz PokKa.. haha.. nak terkeluar balik nasi kerabu td pun ade.. ahaha.. lawak beb.. mengarut tak tentu, papepun input dia tetap terbaik.. lecturer yg hadir hanya bro. Ar. Idrus. Mungkin Mdm.2 sibuk masak untuk family msg2 sbb 2 x dpt datg.. ok k xpe..semua best =)




Iftar dgn President IIUM. Iftar ni diadakan setiap tahun. Tahun lepas aku join under Sport Compleks. Kiranya atlit2 yg menang MASUM games dia wakilkan. Tp tahun ni aku pergi sbg SRC pulak. alhamdulillah. Tp ade sedikit yg xbest ttg program nh sebab jemputan dia terlalu ramai. Yg sedihnya ade yg xdpt makan, compare dgn tahun lepas jauh bezanya. Aku pun xtahu mana yg silap, harap2 pihak managment dpt ambil tindakan la. kesian yg register nama tp tak dpt makan. Aku rasa lagi baik reserve terus meja untuk setiap wakil club2 yg dijemput. Kalau dah ade tempat tu baru la semua pihak puas hati kan.. Ape2 pun REZEKI bulan ramdhan ni ade di mana2..(gambar xde, sorry)

Iftar special gathering. Haha.. pelik bunyinya. Ni kira gathering balik commettee untuk program budak2 sekolah masa aku awal2 jadi SRC dlu.. kira program 1st la. cerita nh Nusrah da cerita so
aku link kan je la. hee... http://nusrahwalfath.blogspot.com/2010/09/sekadar-cerita.html


Iftar department Architecture. Iftar nh kira tiap2 tahun akan dianjurkan oleh budak2 1st year. Masa aku 1st year dulu pn kena buat benda sama.. so kira fair la.. hehe.. Tp promotion dye agak kurang, mungkin deorg still blur2 lagi kot bab2 program nh.. Xpe2.. kami paham, papepun welldone.. xde la teruk. Student yg hadir setip batch ade smpai ke 5th year. Makanan cukup, tempat solat ade.. ok la.. cume lecturer je xberapa nak ade.. haha.. xpe2 next program korg qada balik ye.. (gambar xde, sorry)



Tp ade la jugak iftar2 yg xdpt join.. Iftar budak2 Taekwondo dgn Iftar dengan TPM kat putrajaya. Dua2 iftar clash pada hari yg sama. Atlast dua2 aku xg.. Rasanya hari tu aku buat project tuk submission kot. Tambah pulak ade meeting untuk CONVEST fiesta xlama lagi.
sory geng2 TKDO xdpt join this year.
1 lgi program yg aku xdpt join ialah R&R. ramadhan night run. Program ni under IIUM X-TEAM. Dah la Duathlon series bru nh aku xdpt join sbb bnyak clash program, hajatnya nak la join R&R pulak, tp xdpt jgk.. soryy sgt kak julie.. papepn IIUM X-TEAM ttp best.



minggu sebelum cuti hari tu banayk gila kerja nak kena settle kan.. naik pecah kepala. Kerja2 society, kerja2 studio, assigmnt. Nak2 kerja studio, dapat tahu hari rabu pasal requirement yg Mdm.2 nak tgk hari jumaat sblum cuti, plan, elevation, section, model lg.. scale xnak kalah.. ade yg scale 1:200 pulak 2.. argghh.. tp majority xsiap. mdm pun xleh buat ape la.. ade dak2 yg da balik.. dah xpikir da semua 2.. haha.. style.. mane x nya.. cuti raya kot. Budak2 ade yg 1 sem xbalik.. time nh la nak balik.. Tapi aku rasa yg bagusnya Mdm buat macm tu sbb nak tgk progress kerja students. Kalau x buat mcm 2 alamatnya xde beza la drawing yg mcm crit miggu lepas.. Atlese ade la something yg nak tunjuk kat mdm last day before cuti raya kan..

Hari jumaat petang lepas balik studio tu nampak la kekosongan kat uia nh.. Students ramai yang dah start balik.. Masa aku g solat terawikh malam tu banyak bas2 anak negeri kat roundbout UIA tu. masing pulang ke kampung halaman. Aku???
haha.. aku rumah dekat je.. tak la merasa mcm tu.. sbb tahun ni beraya kat sini je. tak balik kampung. Hari ahad baru balik rumah sebab sabtu ade program pulak.

Hari sabtu memang kosong la uia. Aku kna tolong Br. Suhaimi tuk program dye (speakout-refresh-4th-september-2010). photography workshop.

siapa x kenal SHUTTERSPEAK. Gamba2 dye semua stylo habis. Bro. suhaimi tu lecturer aku. So yg tolong SHUTTERSPEAK Team hari tu aku, kayan, acop,nesh,moon,ain,wanie. semua muka2 yg lambat balik.. haha..
Talk memang superb la walaupun sedikit laju masa talk ttg photography tu. Yg datang bukan calang2 org.. org hebat2 pulak tu... Manggis Fotografik, MR. BAZUKI MUHAMMAD - Reuters Photographer, jangguttouch,rupajiwa & lain2 yg aku xkenal sgt.. pendek kata otai2 semua la..
habs dlm pukul 5pm. lepas tu ade photography session.
Iftar hari tu dkt greenwooh. PhaPha tomyam.. Makanan sgt enak.. Best nye semua free.. REZEKI.. Then Ahad pagi baru aku balik rumah..


owh cakap photography, bru nh aku da angkat EOS500d+lense18-200mm. Then last week napi lak ajak teman g lowyat. Die menang TOTO. haha.. xde la, dpt sponser parents . Tu yg smgt angkat 550d tu.. haha.. Disebabkan masa beli aku nye dlu habis kedai g survey. kali nh xbrape nak survey la sbb da taw tmpat. Mula2 g la kedai atas tnya harga, dia kata murah. Then g plak tanya kedai tempat aku beli.. Lagi murah pulak.. hmm, xg da tmpat lain.. borak2 pnya borak bru dye ingt aku.. Sbb aku beli cmera aku kat c2.. Da dpt offer 2 ape lg.. napi da angkat 550d, aku angkat speedlight la pulak.. haha.. brand biasa je, cume terasa nak gne speedligh plak sbb gmba akan lg lawa la. Pe lagi, gedget baru la tambah kat cmera aku.. hee.. Chinese 2 offer pulak pki fixlense. dye kata beli nh lg mantap r.. haha.. xdpt la beb,duit aku nak pakai wat study pulak.. upgrade sket2 boleh la.. cme hari tu test fixlense la keje aku.. haha.. cun jugak..


ni la yg die offer. Fix lense. Gmba dye smart r.. SHARP wuu..
bwh 2 contoh klo gne fixlense.





nh reaksi2 ketika membeli camera..
muka masa camera dikeluarkan olek pekedai. haha.. ceria..

haa.. ni plak reaksi ketika DUIT dikeluarkan dri dompet..
haha.. (taik ayam)
dan aku nye speedlight.. haha..


Ok la, ni je yang mampu aku tulis setakat ni. Panjang umur update lagi..
Kepada semua2 tg TER "view" blog nh n TER sengaja baca mahupun TER bukak blog nh..

SALAM AIDILFITRI. MAAF DIPINTA KALO ADE TRKASAR BAHASA.
mintak halal makanminum n ilmu2 yg diberikan..
jangan lupa 2 hari lagi ramadhan. All out habis2 sbb bulan2 lain pahala tak banyak macm bulan ni.. bulan lain dpt RM10, bilan ramadhan dapt RM1000.. banyak tu..

sekian saja.. Salam lebaran..