Thursday, February 24, 2011

Apa ada pada sukan rock climbing??

Assalamualaikum..

Baru ni cuti Maulidurrasul bersamaan dengan 15 Feb. 11. Macam biasa la dekat campus ni diadakan sedikit perarakan pada pagi tu dan berakhir di masjid disusuli dengan sedikit "talk".

...............

Aktiviti petang lain la pulak. Aku ke batu caves. Haa.. kali ni bukan untuk berarak sesi petang , tapi kali ni nak main Rock Climbing @ Gua Damai, batu caves.

Ni kira first time la aku main rock climbing yang betul punya. Biasa, main wall je. Lebih kurang la, tapi kalau rock climbing ni, dia punya feel lebih sikit. Kalau yang firt time ni lagi la, feel dia terlebih2 la pulak. ngehehe..

Sampai2 je, terkejut aku. Ade mamat sorang ni tinggi giile kat atas tu. Dalam otak duk fikir, jangan aku kena panjat tinggi tu sudah. Mana tak nya, first timer, maw terketar lutut panjat tinggi macam tu.

Nasib baik la, geng2 bukat routes baru yang tak rendah mana. Baru syok nak panjat.

Tapi memandangkan ramai rakyat malaysia yang mencintai sukan climbing ni, memang penuh la dengan pemanjat -pemajat tegar pada petang tu. Kena la ikut turn nak panjat.

Masa turn aku apa lagi, Dengan gaya pro la aku panjat (buat2 pro). Dah sampai atas, cium sikit dewa besi (anchor) kat atas tanda kita da setel route tersebut. haha...

Last sekali aku naik route yang paling tinggi antara routes2 beginner ni. Puas beb.. Kaki tak payah cakap la, bercalar balar siap terbelah lagi dihiris batu batu granait yang tajam didinding gua tu. Kasut da takde saiz, kena la berkaki ayam.. Dekat maghrib, semua habis panjat dan masing2 solat maghrib berjemaah di masjid berhampiran.. bagus2.. alhamdulillah.. =)

................

ok, alang2 dah cerita pasal rock climbing ni. Nak berkongsi la serba sedikit pasal rock climbing ni.. tu pon aku belajar masa kat damai hari tu.. kalau korag nak tahu lebih detail, sila la bertanyakan pada experts ye, tak pun Google je senang.. haha..


Gear yang korang kena pakai pada cawat korang ialah Harness. Benda ni la yang akan pegang badan korang masa tergantung kat atas. Takde la tali semata-mata.

Seterusnya ialah ropes. Tali ni bukan sebarang tali yang atuk korang duk buat tambat lembu kat kampung tu.. Tali ni boleh menampung berat yang... (yang sangat berat). Tapi seriously tali ni memang khas untuk rock climbing la. Harga dia Rm 1000 lebih wuu.. Kekuatannya sangat hebat.

Semua atas ni serba sedikit untuk Climber, ada banyak lagi sebenarnya..

Seorang lagi namanya Belayer. Tugas belayer ialah untuk menampung Climber yang tergantung kat atas tu. Kiranya belayer ni sebagai nyawa climber la. Kalau belayer lepas tali, maksudnya climber terus masuk kubur la. haha..


Gear untuk belayer ialah Belay devices. Benda ni digunakan untuk hold tali yang belayer tarik untuk menampung climber.

Kalau nak diceritakan, banyak lagi sebenarnya. Lagipun aku ni bukan la expert dalam bidang ni lagi. Tahu sikit2 je.. kalau nak tahu dengan lebih lanjut , boleh la layari website2 rock climbing. Google je, pasti keluar punya.. Orang malas nak google mesti click sini, sini & sini lagi.. haha..

Apapun, aktiviti ni selamat. Jangan risau. Kalau nak buang perasaan gayat tu boleh la cuba aktiviti ni. Ok, sekian sahaja update kali ni..

Google jangan tak google!!







Monday, February 7, 2011

Student on campus

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, pejam celik pejam celik, dah bulan februari tahun 2011. (title kat atas xde kena mengena pn

Macam biasa lah, dah final year ni memang sibuk nak pulun habis study.. ye ke pulun?? macam tak je.. duk tang tu jugak ada ler.. Tapi memang nak kena skor habis-habis la final year nh.. Bila lagi kan.. hehe..

Ok kali ni nak cerita aktiviti awal tahun 2011 ni. Nak cerita semua tak dapek la kawan.. kita highlight satu dua cerita la ek..

26-28 januari 2011 telah diadakan Kejohanan Sukan Masum Sieries 1, 2011 di IIUM Gombak. Macam biasa la, main apa lagi kalau tak Taekwondo.
Tapi masih kalah lagi tahun ni. Training tak cukup la tu.. Mental cepat sangat down kalo jumpa experience fighter.. Haish..

k, nh sedikit highlight tuk photo album, nak tgk bnyak2 boleh la ke FB ye.. =)




Then 29-30 Januai 2011 sambung pula 17th IIUM invitation Taekwondo Tournament 2011 di tempat yang sama, IIUM gombak.. Acara individual tak dapat nak lawan disebabkan masalah teknikal, esoknya baru la boleh lawan balik. Tapi yang ni Group category..

Apa lagi, dah down beberapa hari.. Last day nh pulun la habis.. Alhamdulillah, menang silver..
Orang kata hidup ni tak selalunya indah, ada naik ada turun... so apa kaitannya?? ntah, aku pun tak tahu.. tak pasal2 je.. haha..

ok, cuti mid-sem kali ni sekali dengan cuti CNY.. so, agak lama la.. seminggu, lama ke? tak la.. sekejap je. Aku sempat balik rumah pun beberapa hari je sebab masa CNY tu aku ikut ARC club ke Kedah. Panjat Gunung Bintang. Syok seyh.. Lama juga la tak panjat gunung ni. nak tahu , boleh la baca report dkt sini..



*photo by zaidi al-kashafi