Saturday, November 27, 2010

alumnai tkdo+lomo outing+provia film

Assalamualaikum..

Semalam hari yang agak panjang.. Buat julung kalinya IIUM taekwondo team mengadakan Gathering alumnai taekwondo di Pusat Asasi UIAM(matric uia) PJ. Alhamdulillah, agak meriah walaupun tak semua yang dapat hadir. Objektif tu tercapai la juga, dapat mengumpulkan balik senior2 since 90's.. Evergreen habes.. haha.. Majlis berlangsung dengan training, dan friendly sparring dengan senior2.. disambung dengan jamuan besar-besaran.. Setiap campus ada wakil masing2. Gombak,kuantan,Pj, Nilai... Diharapkan majlis yang lebih besar dapat diadakan pada waktu yang akan datang..


Habis majlis tu, lepak PJ jap cz ade lomography outing.. buat light painting.. 1st time join dak2 lomo keluar.. ok la.. best2.. next time bleh join lagi.. Dapat membe2 baru lagi smlm.. haha..
apepun, filem baru dpt dibeli smlm.. Provia.. memandangkan Ebx da habis guna, so boleh la cuba provia pulak.. Berbaloi juga join deorg semalam.. next time boleh la join lagi.. syokk..

Monday, November 22, 2010

PBIM 2010


Assalamualaikum.

PBIM 2010 (Penang Bridge International Marathon)

Atas permintaan rakan2, kena la juga cerita pasal event nh. Asal ade gambar2 aktiviti2 yg best yang aku buat dekat FB je, mesti akan diceritakan dekat blog. Tu yang deorang tak sabar nak aku update nh.. sbb gambar2 semua dah keluar dkt fb.. haha... (bajet artis) hohoho....


Okeyy..

21 November 2010, telah diadakan PBIM 2010. Marathon ni merupakan annual event dianjurkan setiap tahun. Terdapat beberapa kategori dipertandingkan iaitu


full-marathon-42km- finishing time 7 hours
half-marathon-21km- finishing time 3.5 hours
10km run-10km- finishing time 1.5 hours
fun run-10km

ni merupakan event yang pertama aku masuk untuk tahun ni. Masa cuti nh je la yang aku berpeluang nak buat apa aku suka.. Kalau dah masuk semester nanti memang sibuk dengan macam2 kerja. Kebetulan pula aku tak pernah lagi sampai ke Penang ni, lagi la semangat aku nak join event nh. Aku dapat tahu ade event nh pn dah agak terlambat. Masa aku register tu pn tinggal 10km run je.. event lain semua dah full.. Mana tak nye 23 000 penyertaan.. memang ramai la. Tu pn nasib baik nea tlg registerkan.. Klo x melepas lerr..

Untuk ke penang, aku tumpang kidin. Jumaat petang gerak. Kami semua 4 orang aku, kidin, yahya, nad naik kereta ke sana. Member2 lain semua jumpa kat penang. Sampai sana lepak rumah Khairul. Peh, terbaik la rumah khairul. Family baik sgt2.. Dah la sediakan tempat untuk kami tumpang, siap mak dia masak lagi.. Khairul pulak jadi tourguide kami kat penang tu, cakap je nak p mana. Semua tempat dia tahu. Anak jati penang katekan.

Hari sabtu hari untuk jalan2.. Pagi2 lepas breakfast dah keluar.
Jalan2 cari makan, makanan yg special kat penang semua kami cari. Tengah hari balik lunch pulak, petang keluar lagi cari makan sampai ke maghrib.. haha..
Lepas maghrib semua tidur memandangkan event start pkul 2 pagi esok.

Gerak pergi quensbay tengah malam tu cz nak hantar dak2 yang join full marat-42km.
Aku nye event 6.15am so balik tidur dulu la..

Yang masuk full & half marathon agak suffer jugak la sebab pukul 4am secara tiba2 nya hujan turun amat lebat. Haha.. ape lagi, sejuk giler la atas penang bridge tu..

Jam 6.15 am turn aku pulak yang akan lari. Masa tu hujan renyai2.. nasib baik. Nak x nak memang kena lari jugak la. Renyai2 je pon..
Target aku untuk habiskan 10km bawah 1hour.
Tak pernah lagi aku jog 10km sbb sebelum ni pon jog saje2 plg rajin buat 6km je. Tu pn 1km=dekat 6 minit.
Tapi kalau join event mcm nh semangat die lain sgt2. Kalau jog saje2 tu memang cepat penat. Kalau event macam nh kita lari ramai2 + suasana pulak gelap. Takde la terasa panas.
Masa tu pulak hujan.. Terbaik la.. Cuma 1 je yang kena fight is, mental!!
Alhamdulillah, dapat la habiskan dlm Masa yang ditetapkan.. dpt buat 00:50:59.
ok la...

Dapat la juga medal finisher. Tp aku sgt cemburu yang dpt masuk full-marat sbb deorg dpt finisher t-shrt. haha..
Nh yg membuatkan aku memburu lagi event2 mcm nh ni. Boleh buat personal collection..
Apepun trip kali nh memang best, semua tiptop la. Dapat jejak kaki ke penang, dapat lari atas penang bridge walaupun tak full, dapat hadiah.. haha..
So, kami gerak balik ke KL petang ahad tu. Pukul 12 malam smpai rumah..

So, sape2 yang xde wat pape cuti nh better la cari benda2 yg berfaedah, salah satunya ialah join event2 mcm nh. Bnyak sgt benda yang dapat n belajar.. All Experience your will not learn in books. Berlari merupakan satu senaman yang sagt2 mudah dan berfaedah.. so ape lagi, rajin2 lah berlari. hee..

ok, sekian sahaja update untuk kali ni. Klo ade gambar2 best kat FB tu, maka ade la update2 yg lain.. hee.. selamat bercuti!!! =)


photo copied from FB

PBIM 2010-10km


Result 10km aku, aijat, adham, nea, sorry anis xjmpe dlm list.. hee..

Finisher medal

Wednesday, November 17, 2010

Sanah Helwah

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, masih lagi dipanjangkan usiaku. 15 Novenber 2010 genaplah 22 tahun aku masih mampu untuk bernyawa.. Alhamdulillah. Di harapkan semoga hari-hari yang mendatang ni memberikan sinar yang lebih gemilang dari yang telah aku kecapi.
Semoga aku lebih tabah menghadapi dugaan yg mendatang dan menjadi terus cemerlang & gemilang untuk semua yang aku cuburi.
Terima kasih banyak2 kepada semua yang wish, dan diharapkan doa2 yang baik dari kalian semua dimakbulkan. Amin..

Sunday, November 14, 2010

shock, oh shock..

Assalamualaikum...

ok, plan masa cuti nak pergi ride.. Nampak gayanya , tinggal harapan je ler..
1 sem nh langsung tak usik bike.. Tayar dah xde angin, berhabuk sikit..
Petang semalam ingat nak g pusing2 jap, cz da lame bike tu x jalan..
Dah setup bike sume, sekali POMM!!!
Ambik ko, "shock" meletup.. getah die da pecah sbb lme sgt x naik.. hmm.. wat masuk dlm balik la bike aku.... nak kne beli shock baru la nmpaknye.. Kempunan lagi la aku cuti nh nak g main downhill.. arghh.... klua duit lagi...

shock dah kluarkan dr bike.. getah kat kanan tu da pecah..


Friday, November 12, 2010

Gadget Baru + Pusing KL

Assalamualaikum..

its.... H.O.L.I.D.A.Y!!!!

ok, gadget baru aku utuk sem nh ialah WHITE SLIM ANGEL.
Nak cuba lomo pulak, mcm menarik je.. thnx nadea for the camera..
aku tempah kat nadea cmera nh.. filem beli dgn arep. Sempat snap skali ke masa g outing kat KL cz, x brape panas. takut effect dia x cun.. nanti la ade masa aku nak klua g shoot lagi gna UWS nh..
using 1st film EBX...

+
EBX film

Sehari lepas habis final paper baru nh, pergi main bowling dengan member2 src.. . Aku,rafiqi,firwan,yusri,marol,where & lain2.. dlm 10 org. 3 game jugak la habis. naik lebam ibu jari, maklumla lame x main..

Esok nye plak pergi outing KL--KLCC.. aku, arep, nadea & izza..
Naik skybridge & level 86. best woo.. masa kami smpai tu tiket tuk the whole day da soldout.. nasib baik la izza da beli awal2.. klo x, telan air liur je la hari tu.. haha.. untung ade membe2 keje kat klcc nh, sempat la jugak aku jejak petrosains.. haha.. masuk tempat budak2 pun jadi la...




Dr klcc ke pavilion smpai ke prtama n sogo.. baik punya jalan2.. Uws aku tu sempat snap 1 gmba je.. syg la plak nak snap.. haha.. xde la, memandangkan cuaca x brape panas ... sbb tu guna DSLR je.. gambar lain

aktiviti dlm jadual tuk cuti ni ialah...

21 Nov: Penang bridge international marathon. ( lame dah x join, so aku amek 10km je) lg pun x pernah smpai penang lagi.. so, time to jalan2 lagi la..

27 Nov: ade reunion taekwondo IIUM. ade tournament sket2.. haha.. best2. dah lame tak panas kaki aku nh..

so far baru dua nh la yg cmfim.. tp biasenya yng datang tiba2 nh lagi bnyak dr yg dah plan..

ape2 pn selamat bercuti tuk semua.. take care!!



Tuesday, November 9, 2010

Semester 1 hampir ke penghujung..

Assalamualaikum..

Alhamduillah, berpeluang juga nak update blog ni..

Untuk pengetahuan semua. Students2 IIUM ada yg da mula cuti, sekarang tengak final exam week untuk semester 1- 09/10.

Ok, nak cerita sikit pasal semester ni. Semester ni aku masuk 3rd year. Seriouslly berat sgt. Terlalu pack, kadang2 tu ade yg terpaksa lepaskan sbb takde masa langsung. Tapi still bagi keutamaan mana yang penting la. Pasal study, masa 3rd year nh la baru korg tahu ape tu architecture, klo 1&2nd year tu x nmpak lagi.. Memang berat nak tanggung.

Macam2 hal jadi dari start sem, sampai habis sem.. ending yang xbest langsung utk Batch aku batch 11. Dengan studio kunci , submission problems , class yg x tentu hala la... at last ramai yang sangkut.. Ni baru soal study. Belum masuk program2 lain lagi.. pening kepala dibuatnya. Alhamdulillah, subject studio aku lepas la jugak..

Pasal exam, semua ok. 1st test, subject skill(cocu). Ak amek swimming.. haha.. lawak gile masa test, dah la smpai lmbat. Sampai je terus nama kena panggil. Masuk pool, terus test.. Tp dapat la habiskan walaupun berhenti banyak kali. Maklum la aku memang tak reti langsung swimming nh. Sebab tu amek skill.. Skrg, xde hal la.. ajak race pn bleh, tp breaststroke je la.. hee..
Last paper, (theory of arch.) Yg nh x brape ok.. xcukup mase kot.. stress gile...
Harap2 sume ok la..

Training taekwondo aku sempat turun sekali je.. Tu pun masa lepas habis submission final project. Dapat la jugak training ngan pali yang nak g SUA x lame lagi.. Good Luck weh..

Sem nh tiada MEDALS disumbangkan melalui acara taekwondo, pingat yg aku dapt sem nh hanya dr team BOLA!!

ARCHITECT F.C.!!!!


Masa 3rd year la baru nak main wakil architect disebabkan xterpilih masa 1st&2nd year.. (konon nye la) haha.. padahal x turun selection sbb time tu tengah gila ngan sports lain..

league kalah, dpt 4th place, then Deans' cup 1st runner up.. naib johan.. ok la kan..
papepun, bangga jugak dapat sumbangkan something tuk architect fc..




Ok, ni saja tuk short update... untuk semua sahabat2 yg x habis lagi paper.. All the best...