Monday, February 22, 2010

Bukit Tabuh


Assalamualaikum...
Ahad 21 feb 2010, hari ni aku plan nak naik bukit tabuh. Ni semua gara-gara kaki aku yang selalu diserang "shin pain". Biase la, sebab training lumba lari. Lagi2 kalau traing 200 m. Fuh, sakitnya amat perit. Menusuk ke tulang. Member aku kata, kalau nak recover cepat kena la panjat gunung or bukit. Memandangkan tidak ada masa nak pergi panjat gunung, kami pergi la panjat bukit tabuh sebelah UIA tu.
Bukit tu agak femes di kalangan pelajar UIA. Boleh dikatakan landmark kat uia ni. Mana tak nya. Dari UIA memang terang2 dah nampak bukit tu. Cara nak ke sana senag je. Ikut je jalan nak ke klang gate. Dah sampai klang gate, ambil jalan nak ke empangan batu. Sebelum naik tu , dah banyak dengar cerita tentang bukit tabuh ni, katanya kena clim up dan clim down pakai tali, 90' punya wall. Wow, Sounds good. Kalau tak silap semuanya ada 12 stage. Nak sampai ke puncak kena la lalu 12 stage ni. Aku dengan olim mula la naik, 15 minit awal agak penat la sebab bukit dia agak curam. so, enjoy je la naik nak pulihkan kaki punya pasal. Ramai jugak yang naik bukit tabuh ni, especially chinese. Yang vateren pun boleh naik bukit ni, perempuan pun sama. Benda2 macam nh chinese memang suka. It is part of their exercise. Memang hebat la diorang. Kan bagus orang melayu pun suka beriadah macam ni.. Jalan depan lagi jumpa la pulak mulan dengan membe dia 2 org. Haha, ade juga budak uia hari tu.. Dah sampai atas, memang betul la ada tempat kena climb up. Cuak gila kot. Tp budak perempuan boleh je buat, malu la beb kalau lelaki tak lepas. haha.. Seriously memang bahaya la kalau yang tak berani. Mana tak nya. Hanya bergantung pada tali untuk climb up & climb down. 90' pulak tu wall dia. Agak licin masa 2. Tp alhamdulillah, semuanya OK. Sebelum climb down tu, ada 1 artikel tentang seorang pelajar kolej mati terbunuh akibat jatuh setinggi 100m kebawah masa tengah climb down. Artikel tu sebagai reminder la kepada semua yan lalu kat situ. apa pun, kena la hati2. Akhirnya sampai la jugak ke puncak. Dari situ nampak la satu UIA. Berjaya jugak aku naik bukit tabuh ni. Selama ni aku hanya melihat dari bawah puncak bukit tabuh ni. Tak sangka pulak aku akan naik bukit ni. 1 jam lebih jugak nak sampai. haha.. lambat.. dah habis rehat kat atas, masa untuk turun. Kali ni lauan lain pula. Tak lalu dah tempat tadi, untuk turun ke bawah, lalu jalan kebun. tapi milan bak jalan ikut mana la pulak, keluar je sampai apartment. haha.. kena pula patah balik. nasib baik dekat je.. apapun trip ni best bagi aku, dapat naik tabuh satu hal, dapat la jugak recover shin pain kaki aku ni. alhamdulillah. kepada sesiapa yang tak pernah naik lagi bukit tabuh ni, mesti cuba. Rugi la duduk kat uia tapi tak pernah naik bukit uia nh.. hehe.. sekian sahaja enty kali ni.. salam..














No comments: