Saturday, December 26, 2009

Mount Irau, “The Return of Lord of The Ring”

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, berkesempatan juga untuk aku update blog ni walaupun teramat jarang.. =p

maklum la bukan ada masa sangat pun nak update ni.
Untuk entry kali ni, aku nak kongsi sedikit pengalaman baru aku menjejakkan kaki bersama-sama ARC group members & latepackers ke GUNUNG IRAU, CAMERON HIGHLAND.
24-26 disember2009.

Pengalaman yang tidak dapat dinilai bagi aku, kalau korang nak tahu, do try to search at the google about mount irau. Memang cantik sangat tempat tu. Hutan yang masih terjaga rapi dengan suhu yang agak sejuk. Dekat basecamp pun dah capai 13'C. dekat puncak tak tahu la berapa.
Standing tall at 2110m(6330ft), Mount Irau is the G9 (9th highest peak) in Peninsula Malaysia & the 15th in Malaysia.
Track dia memang agak berlumpur disebabkan condition kat atas agak lembab dan hujan renyai ditambah pula angin sentiasa bertiup sambil membawa awan. FUH... masyuk beb...

Sebelum memulakan pendakian ke puncak irau, kami berkumpul dahulu di base camp. Group aku paling lambat sampai ke basecamp disebabkan kenderaan nak ke sana tidak mencukupi dan ada la sedikit masalah teknikal. Jam 11.15am, kami selamat tiba di basecamp dan mula memulakan pendakian pada jam 11.30am. Yang lain2 tu memang dah lama naik dah.. Otai2 semua.. Track irau memang sangat best bagi aku, satu perkara disebabkan ni kali pertama aku naik gunung ni. Jam 1.30pm, kami selamat tiba di puncak irau.. sejuk tahap dewa kat situ. Lepas dah puas rehat, masa untuk pulang ke basecamp pulak.

Masalah kat sana 1 je, NO WATER SUPPLY. HAHA.. ada tu memang ada tapi jauh la dari basecamp. Lepas sampai turun ke basecamp, semua ke sana untuk mandi n ect. Mak aii, sejuk baik punya.. macam mandi guna ais dalam peti... Naik beku kepala otak ni.
Malam lak ada BBQ n lucky draw. Kalau nak cerita dari awal samapi habis memang tak dapat la. Apapun siapa2 yang tak pernah naik Irau ni, DO TRY IT.. berbaloi habis... hutannya tersangat cantik, suhu sangat sejuk, suasana yang nyaman, view yang tersangat indah. SUBHANALLAH. tak mampu aku gambarkan melalui ayat nh.. setakat ni sahaja entry untuk kali ni. enjoy the picture.. Ada aktiviti best, aku akan update lagi... wassalam..


masa baru nak naik...

track mount irau...


nak tahu sejuk tak sejuk, tengok la kat belakang tu..

view yang cun...






top of the hill...





base camp...






balik....


1 comment:

shikkie kireides said...

wah2..menarik!
sejuk smpai pgg nasi p0n ketar2 eh..hehe..