Saturday, December 27, 2008

Allahyarham Prof.Dr.Shukri studiomaster section3 Firstyear Architecture tlah kmbali ke rahmatullah.. Al-Fatihah..

KHAMIS (24 DISEMBER 2008)

Jam 4.15 aku keluar dari LT1, kami habis kelas HISTORY OF ARCHITECTURE 2 awal dari sepatutnya. biasa la, minggu pertama memg macm tu..
aku bercadang nak pergi add subject auto-cad dekat lab. so, aku, napi, izat n muhaimin g la kat lab tingkat 2.. tak sampai 10 minit duduk depan computer jam 4.29pm ak dapat sms dari kak dee .."Dr. Shukri jatuh, banyak gile darah". Aku terkejut gile masa tu, ak call kak dee.. tuk dapatkn kepastian, dia cakap kat tingkat 3 dekat dgan entrance surau sisters. kami 4 orang bergegas ke sana. Aku mula2 ingat bro syukri yg ajar BCM aku pagi td yang jatuh, rupanya Dr. shukri studio 3.

Masa aku sampai di tempat kejadian, beberapa orang staff lelaki dah ad berhampiran Dr shukri yang sedang terbaring dan ada dua orang sistr yg sedang menekap dengan kain kaki kiri dr. shukri yang berlumuran darah. darah masa tu memg banyk keluar sehingga mengalir ke lantai.

Aku terus ke kaki kanan dr. shukri dan memegang kaki kanannya. Aku memanggil dr. shukri beberapa kali "dr shukri, dr. syukri" namun dia tetap tak menjawab. masa tu aku selawat banyak kali, ad staff yang duduk berhampiran kepala dr. shukri mengajarnya mengucap. "LAILAHAILLALLAH... Dr, mengucap dr." masa tu matanya dan mulutnya terbuka dan pernafasannya tak lancar. Kami bergilir-gilir mengajarnya mengucap "lailahaillallah.... dr. mengucap dr." Yang membuatkan aku betul2 sebak masa tu ketika dr. menarik nafas dalam dan agak lama sikit.. dalam hati aku betul2 harap dr sedang mengucap masa tu..
ak tak terkata apa-apa masa tu.. sambil memandang mukanya dan mengusap kaki kanannya..
Masa tu ada org bawak pengusung dan aku cakap kat sister yang sedang menekap kaki kiri dr. shukri "kak, bagi saya tekap kaki kiri tu sebab kami nak ankatnya trun ke bawah"
masa tu darah masih lagi keluar disebabkan luka terkena kaca di peha kirinya. Besar agaknya luka sebab darah masih lagi keluar hingga kedua dua belah tanganku dipenuhi darah.
dari tingkat 3, kami bawanya turun menuruni tangga untuk ke ambulance kerana lif agak jauh dari tempat kejadian.. masa tu darah masih lagi menitik nitik sehinggakan ada yang mengena baju dan kasutku.. setibanya di bawah, kami terus masukkan ke ambulance dan ada sorng staff dan sorg studn mengikutinya ke hospitl menaiki ambulance..

apa yang mengecewakan aku, tiada sorg paramedik pun berada dalam ambulance tersebut utk memberikan rawatan kecemasan.. staf n studen mne la tahu nak buat semua tu..

lepas pada tu aku balik bilik untuk menukar pakaian.. aku dapat call mengatakan bahawa dr shukri telah meninggal dunia.. INNALILLAH.....

buat semua yang membaca blog ini.. sama2 lah kita sedekahkan AL-FATIHAH buat ALLAHYARHAM DR. SHUKRI yang telah kembali ke rahmatullah..

AL-FATIHAH.....