Sunday, June 13, 2010

Masum 2010

Assalamualaikum...

Kembali lagi untuk entry edisi kali ni yang berkisar tentang MASUM 2010.
Kejohanan Sukan MASUM tahun ni diadakan di USIM, Nilai.
Tak la jauh sangat dari IIUM. Cuma kali ni agak bosan sikit sebab tak travel jauh macam tahun lepas(UUM). Tapi ok la. Aku pergi agak lambat sikit tahun ni dan kena pergi sendiri disebabkan banyak urusan perlu diselelsaikan sebelum aku ke sana selama seminggu. Masum kali ni seperti biasa, aku mewakili IIUM untuk acara TAEKWONDO light weight category.
Persiapan agak lama juga, treining hampir setiap hari diadakan untuk persiapan kejohanan kali ni. Tapi aku tak selalu sangat turun disebabkan pelbagai2 urusan. Lagipun aku ambil subjec short sem ni. Tu yang bertambah sibuk sikit tu..

Pencapaian??
haha... Tahun ni takde rezeki untuk aku mendapat sebarang pingat.. Memang frust gile2 la.. Kali pertama dalam cariier aku tak dapat pingat sejak menapakkan nama dalam Team IIUM nh. Mana tak nye.. sebelum ni setiap kali tournament mesti bawak balik medal untuk IIUM. Cuma masa mula2 masuk m3x dulu ade la sekali 1st tournament aku yang tak dapat pape.. Sape tak frust beb.. Nak nangis rasa.. small mistake, hncur segalanya. Matress baru kejohanan kali ni memang menyulitkan pergerakan aku. Asal bkak step je kaki aku susah nak grip, licin betul. Langkah aku mati terus.. kalah 1 point je.. Tapi takpe la, aku redho.. Ye la, orang kata, sehebat mana kita usaha pun kalau dah xde rezeki xlek nak buat ape jugak kan.. kena la terima seadanya.. ade hikmah semua tu.. Tapi ape2 pun semangat aku untuk terus berlawan takkan padam.. semangat semangat semangat!!!!!

Kejohanan akan datang ni agak besar juga, Kelantan International Open.. trget aku kali ni untuk intrnational tournament masuk semi la.. medal aku tak berharap sangat.. kalo ade rezeki, alhamdulillah.. harap2 ade la.. hee..

Pencapaaian keseluruhan IIUM bagi Taekwondo kali ni agak mengecewakan jika dibandingkan dengan tahun lepas.. kali ni cuma 2 gold, 5 bronze dr sparring ...1 bronze dr pomsae...

ok la, sekian saja entry kali ni.. Lambat sgt update.. hee..

photo gallery sekitar kejohanan berlansung...

No comments: