Sunday, March 21, 2010

UMS open 19-21 March 2010

Assalamualaikum. w.r.b..

Salam untuk semua!! =)

Ok, kalli ini aku terbang ke Sabah pula, negeri di bawah bayu.. bukan untuk suka-suka, tapi menggalas cabaran IIUM untuk menyertai

KEJOHANAN TAEKWONDO TERBUKA UMS KALI KE 6.

Alhamdulillah, berpeluang juga aku tahun ni untuk menyertai pertandingan ni.
Kejohanan ni setiap tahun dianjurkan oleh universiti malaysia sabah dan IIUM tak pernah terlepas untuk menghantar Team ke sana.
Tahun 2007,2008 aku masuk, tp tahun 2009 bukan rezeki aku. Tak boleh nak masuk sebab ada exam masa tu.
Tapi tahun ni dapat juga aku join walaupun banyak masalah sebelum nak ke sana. Dah la nak dekat Final submission final projek aku ni. Kena la pulak pergi sabah, aku ingat nak pullout sebab takut tak sempat siap project aku tu.
Tapi memandangkan akan memberi kesan yang amat besar kalau aku pullout (kne bayar balik duit tiket flight) wooo, terus aku cancel untuk pullout. Beberapa hari sebelum bertolak, terpaksa la aku membuat project aku tu lebih advance dari biasa. Maklumla, orang lain bukan macam aku, aku ni je ntah kenapa hyper active, boleh cari pasal nak pergi sabah pulak.
Dah la 23 march dak kena submit and present final project tu. 22 march pula aku baru departure from sabah. Memang cari nahas betul.
Kami dijadualkan untuk bertolak pada 18 march jam 12.30 p.m . Maka bertungkus lumus la aku dengan tak tidurnya buat projek sampai 12.20p.m. Lepas pada tu aku terus pergi sport complex + bilik yang bersepah.. haha.. Biarlah, biar orang taknak lepak dekat compartment aku. Dalam otak masa tu fikir final project je. Langsung aku tak fikir yang aku nak ke sabah ada tournament. Atas flight apa lagi, dah beberapa hari tak tidur, 2jam ke sabah masa aku habiskan untuk menenangkan mataku ini. haha..
Yang bagusnya tournament kali ni ialah management from sport complex. Special thanks to Kak Raja. Tahun-tahun sebelum ni memang tak terurus. Tapi tahun ni, alhamdulillah, kami dapat T-shirt, shoes bag, paling best siap ada Travel agent lagi tu.. Well done kak Raja. TQVM!!
Penginapan kami dekat bandar KK, Lovender Lodge. Ok la tempat dia kalau nak dibandingkan dengan Stadium Likas (accomodation untuk past years).

untuk kejohanan kali ini,

19 march : weight in.
20 march: tournament
21 march: tournament
22 march: departure to IIUM

Alhamdulillah IIUM memeng terbaik, kami pulang dengan membawa 3 golds, 2 silvers, 3 bronzes.

Gold : Nasree, Faris, Nasir
Silver: Hanif, Along
Bronze: Akmal, Pali, Fatehah

dan juga.....
2nd Overall Champion!! tahniah untuk semua..

Syukur, rezeki aku baik setiap kali ke sabah, (ada jodoh org Sabah ni) owh!! haha..
Kali ini pingat emas ke-3 setelah 3 kali ke Sabah. Tapi performance semakin kurang tahun ni. Lawan pun tak perform habis. Mungkin aku tak turun training selalu kot.
Maklumla, semester ni terlalu sangat sangat sangat sibuk..!! Macam-macam hal kena buat. Apa-apa pun target sebenar aku ialah MASUM GAMES 2010 ni.

Bukan senang untuk mempertahankan pingat emas. Orang lain bertungkus lumus training, aku pula tak ada masa nak training.
Tak boleh jadi ni, kena juga cari masa yang sesuai.
Aku rasa cukup untuk kali ini.
ak akan update lagi untuk aktiviti-aktiviti seterusnya...

Annyeong Higeseyo, Salam...
Kam sa hamnida..

No comments: